Monday, 29 December 2014

Video Post Wedding Pasangan Melayu Ini Sangat Romantis!


                             


ALAHAI, tersengih-sengih jadinya apabila menonton video romantis pasangan Melayu ini.
Mana tidaknya, video post wedding mereka berjaya membuatkan orang yang menonton mengimbau kembali kehangatan cinta ala-ala drama bersiri popular Korea, Winter Sonata.
Dengarnya pasangan bernama Andaq dan Aimi melakukan video sweet ini ketika bulan madu mereka di Korea.

Kemain romantis lagi aksi mereka ini ditambah pula dengan salji yang turut menambah seri dalam video tersebut. Kita yang menontonnya pun jadi cemburu melihat kehangatan cinta mereka.
Pastinya, ada juga pasangan di luar sana mula berangan-angan ingin melakukan video post wedding seumpama ini.

Jom saksikan video ini.. – MYNEWSHUB.CC


Kredit : BONK Production

Cara susutkan berat badan

Langkah 1.

Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Langkah 2.

Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

B. CARA KUATKAN LUTUT.

Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.


Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.

Friday, 26 December 2014

Awas Makanan Dicemari Kulat!

Jika terdedah kepada Aflatoksin pada aras yang tinggi dan berpanjangan, ia boleh menyebabkan barah hati dan keracunan makanan. Sekiranya seseorang berpenyakit hepar atau mempunyai jangkitan virus hepatitis B, dia juga lebih berisiko.

Antara kumpulan makanan yang biasa dicemari Aflatoksin adalah, kacang tanah, pistachio, mentega kacang, badam, jagung, beras, gandum, sekoi, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak biji matahari, cili, lada hitam, kunyit, halia, ketumbar dan sebagainya.

Sebab itu, cara penyimpanan bahan makanan ini perlu dititikberatkan; jangan dilonggokkan dalam kuantiti yang banyak tanpa pengaliran udara yang baik. Sebaiknya, simpan kekacang, bijiran dan rempah ratus di tempat yang kering, dalam bekas kedap udara.

Semasa membeli juga, pilihlah yang dalam keadaan baik dan segar, tanpa tanda-tanda rosak seperti ditumbuhi kulat, dan tiada perubahan dari segi fizikal.

Thursday, 25 December 2014

Berhati-hati dengan 4 makanan ini


Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.



Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan....

Cara Singkir toksik dari tubuh


Jika anda mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti cepat berasa penat, sakit kepala, jerawat, sembelit, berat badan berlebihan, insomnia, haid tidak teratur termasuk mulut berbau dan masalah kulit, kesemua itu merupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin berlebihan.

Agak mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang.

Biasanya toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.
Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.
Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:

a) Berpuasa: Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.


b) Hati: Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.


c) Sistem penghadaman: Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil dan jangan lupa minum air masak secukupnya.


Wednesday, 24 December 2014

Kalkulator Ukuran Berat Badan Ideal


Adakah berat badan anda ideal dan sihat?
Sila cuba alat bantu berikut untuk mengetahui apakah anda termasuk kurus, normal, atau gemuk.
Masukkan berat badan dan tinggi badan pada kotak di bawah ini.


http://www.thecalculatorsite.com/health/bmicalculator.php

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!



Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak
kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang
baru jika mengamal latihan
pernafasan, yoga serta bertakafur.
Mereka yang mempunyai asma
tidak patut tidur waktu ini dan boleh
merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun
tidur pada waktu ini tidak akan
menghadapi masalah sembelit.
Jika menbuang air besar dan mandi
dengan air sejuk diselesaikan
dalam waktu ini, masalah
kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan
waktu ini walaupun setitik air. Jika
makan pada waktu ini akan
mengakibatkan suhu badan
meningkat, menambahkan keletihan
dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah
pada pengidap diabetes yang akan
merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang
diambil pada ketika ini. Tidak
sepatutnya melakukan kerja berat
atau tidur di masa ini. Jika tidak
lebih karbon dioksida akan
bercampur dengan oksigen. Ini
akan meningkat kemungkinan
terkena serangan jantung, lumpuh
atau kesakitan badan.
Kebiasaannya pihak hospital akan
lebih berjaga-jaga pada waktu ini
kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang
sakit jantung berbanding pada
waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada
waktu ini. Selepas itu duduk tutup
mata untuk rehat selama 5 minit.
Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk
mengambil minuman seperti jus
buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa
untuk bersantai dan rehat dari kerja
harian. Jika tidak akan
memudaratkan ginjal dan jangkitan
salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam
patut diambil pada waktu ini. Jika
tidak akan menimbulkan getaran
atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk
mengembalikan semula tenaga
organ-organ yang bekerja sejak
pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini
seseorang itu hendaklah baring dan
bersedia untuk tidur. Elakkan dari
membaca buku, menonton tv atau
bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih
berjaga akan menyebabkan badan
kekurangan tenaga untuk bekerja di
hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak
akan memberi kesan kepada
penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.


Tuesday, 23 December 2014

Ulam memberi khasiat awet muda.


Di negara kita kaya dengan sumber ulam-ulaman yang sedap dan menyihatkan tubuh badan.
Siapa suka ulam - komen "LIKE"

Ulam Kekal Rangup

Ulam sering dijadikan sebagai menu sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam akan menjadi layu sekiranya terdedah terlalu lama.

Oleh itu, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.



Petua Untuk Menghancurkan Batu Karang


Pilihan 1: Kisarkan bawang merah untuk membuat jus dan tambahkan sedikit gula. Amalkan meminum jus bawang selalu. Ia akan menghancurkan batu karang dan akan keluar melalui air kencing..

Pilihan 2: Amalkan meminum 50 gram jus bawang pada waktu pagi semasa perut kosong. Ia pasti akan memecahkan batu karang.


Selamat mencuba!!!

Monday, 22 December 2014

Mengatasi Sembelit


Tahukah anda, buah epal dapat membantu melindungi jantung, mengelak sembelit, cirit-birit, melindungi sendi tulang dan memperbaiki kapasiti peparu?

Amalan memakan buah epal boleh mencuci toksin di dalam badan. Malah, dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.


Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari.


Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang.

Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.


Lemon Cantikkan Siku & Lutut.



Jangan hanya fokuskan kecantikan kepada wajah sahaja. Anda juga perlu memastikan bahagian anggota badan anda yang lain seperti siku dan lutut juga dalam keadaan yang cantik dan bersih.

Berikut terdapat petua yang boleh anda ikuti sebagai cara untuk menjaga kecantikan siku dan lutut anda. Salah satunya adalah dengan menggunakan buah lemon.

Caranya, sediakan sebiji buah lemon dan dibelah kepada dua bahagian. Kemudian, ramas sebelah lemon pada sebelah siku atau lutut anda dan biarkan basah selama 10 minit.

Lakukan perkara yang sama pada bahagian siku atau lutut lagi satu. Setelah itu, cuci bersih siku atau lutut dan sapu losen untuk kulit.

Insya Allah rawatan ini memang berhasil sekiranya sering diamalkan. Selamat mencuba!

Sumber Info : Mingguan Wanita.
    


Photo: Lemon Cantikkan Siku & Lutut.

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Jangan hanya fokuskan kecantikan kepada wajah sahaja. Anda juga perlu memastikan bahagian anggota badan anda yang lain seperti siku dan lutut juga dalam keadaan yang cantik dan bersih.

Berikut terdapat petua yang boleh anda ikuti sebagai cara untuk menjaga kecantikan siku dan lutut anda. Salah satunya adalah dengan menggunakan buah lemon.

Caranya, sediakan sebiji buah lemon dan dibelah kepada dua bahagian. Kemudian, ramas sebelah lemon pada sebelah siku atau lutut anda dan biarkan basah selama 10 minit.

Lakukan perkara yang sama pada bahagian siku atau lutut lagi satu. Setelah itu, cuci bersih siku atau lutut dan sapu losen untuk kulit.

Inshaallah rawatan ini memang berhasil sekiranya sering diamalkan. Selamat mencuba!

Sumber Info : Mingguan Wanita.


Sunday, 21 December 2014

Bibir yang merah menyala


Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa bibir mereka akan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah menyala.

Tetapi hakikatnya ada segelintir lelaki yang tidak sukakan demikian kerana warna yang terlalu terang akan membuat mereka bercakap dengan badut.

Lelaki lebih suka sesuatu yang menyenangkan dan sederhana kerana itu lebih membuat anda seperti bidadari dengan bibir yang semulajadi dan tidak terlalu merah.

Wanita harus lebih peka dengan pemilihan warna gincu agak bersesuaian dengan kulit anda.

Sumber Info : my.news.yahoo.com

Tips Kecantikan Dalaman Wanita

Susah ke hendak cantik?  Sebenarnya ia mudah dilakukan jika kita mahu.  Apa juga yang kita mahu, boleh sahaja di laksanakan.

1. Minum banyak air
2. Bersenam.
3. Jangan merokok.
4. Tidur yg cukup.
5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap.
6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
7. Manjakan diri.
8. Elakkan stress.
9. Don't worry, be happy.
10. Ketawa penghibur duka.







Saturday, 20 December 2014

Petua untuk mendapatkan nasi yang putih


Ada sesetengah beras apabila dimasak menjadi perang warnanya dan tidak menyelerakan apabila dihidangkan. Kini ada petua untuk memutihkan nasi dan anda mungkin boleh mencubanya. Caranya mudah saja dan anda bolehlah ikuti petua ini.

BAHAN-BAHAN:
Beras
Air secukupnya
1/2 biji Limau nipis

CARA MEMBUATNYA:
1. Masuk beras ke dalam periuk
2. Basuh beras hingga bersih
3. Potong limau nipis dan buang bijinya terlebih dahulu.
4. Masak nasi dengan air secukupnya dan perah limau nipis. Tanak hingga masak


Sumber Bakteria


Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda?

Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.

Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan.

Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.