Saturday, 28 June 2014

Rahsia Menghilangkan Kepenatan & Di mudahkan Urusan

Kehilangan tenaga dalam melakukan tugasan seharian di alami oleh kebanyakan orang, bagi sesiapa yang sibuk kekadang mengalami kedua-duanya iaitu kehilangan tenaga fizikal ataupun mental.  Bagaimana kepenatan dan kehilangan tenaga boleh menyebabkan kita tidak produktif dalam melakukan kerja-kerja seterusnya.

Kita tertanya-tanya apakah rahsia untuk kekal bertenaga, sedangkan kita tidak mampu berehat di sebabkan bebanan kerja yang banyak atau tidak berkesudahan.
Masa tidak menunggu kita, seringkali kita terpaksa memerah keringat & tenaga untuk terus melangkah melakukan kerja walaupun sudah penat & keletihan sangat-sangat.
Ada beberapa tip & rahsia mudah bagi mengatasi kepenatan, ia semudah ABC, namun tidak semua mampu melakukan atau berkeinginan untuk melakukan walaupun ia mudah dan hanya mengambil beberapa minit sahaja.
 Tip & cara utama yang perlu di lakukan setiap hari dan boleh dilakukan pada awal pagi atau sebelum memulakan sesuatu tugas harian atau apabila kepenatan & baring untuk tidur malam serta mengikut sunnah Rasullah adalah kita boleh mengamalkan :--

1. Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
 “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 34 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
 
***Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (34 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
Inilah yang dimaksudkan sebagai petua, panduan, rahsia, tips menghilangkan, cara bagaimana penawar kepenatan badan. Kepenatan dan keletihan badan akan dapat dihilangkan







No comments:

Post a Comment