1. Tidur dewasa sekurang-kurang 8 jam sehari, bagi mengekalkan kesihatan
tubuh badan & aliran oksigen yang lancar keseluruhan badan. Ini
kerana kekurangan tidur, aliran peredaran darah terganggu, bahkan
oksigen berkurangan dalam darah menyebabkan kulit kelihatan pucat dan
muram serta ia menganggu kelancaran anggota tubuh lain. Jika kelamaan
tabiat tidur yang kurang, ia akan kelihatan kesan-kesan yang ketara
seperti sembab di mata, muka pucat dan tidak ceria serta sengal-sengal
serta sakit-sakit keseluruhan badan. Tidur yang mencukupi membantu
pengeluaran hormon melatonin yang baik untuk membantu ketahanan tubuh
dan membaiki kerosakan sel-sel tubuh.
2. Mencuci muka dan tubuh badan secara teratur & rutin bagi mengekalkan kebersihan dari kotoran dan dapat menyerap nutrien baik ke kulit, malah melancarkan peredaran darah ke lapisan kulit.
Pada kulit muka, gunakanlah selepas itu toner & serum untuk mendapat lebih manfaat dan membekal nutrien terbaik ke kulit anda.
3. Melakukan aktiviti fizikal seperti senaman secara rutin. Ia baik untuk aliran darah lancar ke seluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi keseluruhan sistem badan. Senaman yang teratur mampu memberi kesihatan badan dengan pengeluaran peluh secara semulajadi, untuk perkembangan paru-paru yang baik dan aktiviti organ lain. Seterusnya dengan senaman, kulit wajah mampu lebih ceria dan kelihatan muda kerana aliran darah yang lancar sehingga ke hujung tubuh.
4. Amalkan tabiat makanan yang seimbang dan jauhi gaya makanan yang tidak sihat. Mengamalkan piramid makanan yang penting dapat membekalkan khasiat keseluruhan badan menjadikan sistem tubuh berfungsi dengan baik. Mengamalkan gaya makanan seimbang dan kaya pengambilan buahan dan sayuran mampu menjadikan awet muda kerana khasiat multivitamin mencukupi sehingga tergambar di kulit wajah dan tubuh yang cantik, lembap, anjal dan segar. Makanan yang baik dapat membekalkan oksigen yang baik untuk tubuh badan anda. Amalkan minum air kosong sekurang-kurang 8 gelas sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dari tubuh dan membekalkan air mencukupi untuk tubuh
5. Mengamalkan rutin tetap mencuci muka, memakai toner, pelembab dan scrub & masker seminggu sekali untuk pembuangan sel-sel mati di lapisan kulit luar sekaligus dapat melancarkan aliran darah dan pembentukan sel kulit baru. Gunakan masker yang sesuai bagi memberi dan mengekalkan keanjalan kulit, melembap kulit, menutup pori-pori dan membekalkan nutrien untuk kulit muka. Boleh membuat masker sendiri seperti putih telur + jus lemon, kacau rata sehingga berbuih dan sapukan pada kulit wajah dengan rata. Fungsi telur putih tadi adalah untuk membekalkan protein untuk kulit muka, melembap & menganjalkan kulit, menutup pori-pori serta mempercepatkan proses pembuangan sel-sel kulit mati. Manakala jus lemon mampu membekalkan vitamin c sebagai antioksida dan melawan penuaan kulit serta menjaga keanjalan kulit.

No comments:
Post a Comment