Tuesday, 15 July 2014

Buat Sendiri Tungku Bunjut

Petua hari ini adalah bagi mengurangkan atau menghilangkan rasa keletihan dan sakit badan serta memberi melegakan pada urat yang tegang dan sengal, di samping dapat membantu membuang toksin, menghilangkan stress, melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak dan membuang angin dalam badan.




Kandungan herba yang terkandung didalam tungku bunjut akan merawat bahagian yang bermasalah , ia perlu dilakukan secara kosisten untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Lebih bagus tungku ini di lakukan oleh seseorang seperti adik atau ahli keluarga terutama di bahagian belakang badan, kerana ia tidak dapat dilakukan sendiri




Untuk tungku di bahagian belakang ia hendaklah dilakukan dengan berbaring dalam keadaan meniarap, proses dilakukan bermula di bahagian atas tubuh iaitu bahu seterusnya ke bahagian tulang belikat. Proses bertungku akan di teruskan di bahagian titik tumpu tubuh yang lain iaitu pinggang dan tulang belakang.  Untuk mendapatkan kesan yang positi, rawatan yang dilakukan sendiri ini hendaklah dibuat sekurang-kurang sebulan sekali.

Untuk mendapatkan kesan rawatan yang maksimum di saran melakukan urutan badan dan dilakukan samaada pada waktu pagi ataupun pada waktu petang.

Kebanyakan anda yang bekerja menggunakan komputer akan mengalami kesakitan dan lenguh di bahagian belikat, jadi beri tumpuan pada bahagian ini agar berasa lega dan kesakitan dapat di kurangkan.



Di sini saya turunkan  cara-cara untuk membuat tungku bunjut sendiri :-


Bahan-bahan
Lada hitam
Biji Sawi
Halia
Lengkuas
Jintan
Halba
Tali
Kain berbentuk empat segi

* kesemua bahan hanya di letak sedikit sahaja dalam anggaran  suku gengam tangan.


Cara Membuatnya
1.  Kesemua herba ini di goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga naik bau
2.  Kemudian masukan bahan-bahan ini di dalam kain dan ikat seperti bunjut.
3.  Setiap kali hendak di gunakan, panaskan dalam ketuhar atau periuk elektrik selama 5 hingga 10 minit.
4.  Tuan tubuh atau bahagian yang sakit dengan tungku tersebut
5.  Lakukan selama 20 hingga 30 minit.


Selamat mencuba ya..carilah masa lapang anda, kelegaan adalah terbaik untuk anda tampil cergas dan lebih produktif.

No comments:

Post a Comment