Sikap kita adalah keperibadian kita,
fikiran memberi peranan yang sangat besar terhadap sikap seseorang
kerana itu ia boleh membawa perubahan dan perbezaan didalma kehidupan
kita.
Sikap baik bermula dengan fikiran yang positif, bersikap positif pula penting dalam pembentukan diri kita. kekuatan kita dalam bersikap positif ini merupakan unsur terpenting dalam mencipta jenis kehidupan kita.
Semua
orang tahu tentang kepentingan sikap POSITIF dalam kehidupan dalam
seharian, namun tak semua orang mampu melakukannya. Persoalannya mahu
atau tidak tahu!!!! Kehidupan sekarang, keadaan sekarang manusia
memerlukan kekuatan positif yang yang kuat untuk mengasuh sikap lain
seperti bersabar dan berusaha serta bertindak positif.
Pandangan positif sesungguhnya dapat mengatasi masalah kehidupan seharian kita.
Anda tahu tak pandangan positif anda mampu mengatasi situasi tekanan
dan dapat mengubah kehidupan? Anda tahu manfaat yang banyak dari sifat
positif ini ?
1. Mengatasi stres :
Berfikir positif membantu Anda mengatasi situasi stres, mengabaikan fikiran negatif, mengganti fikiran pesimis menjadi optimis, mengurangi
kecemasan dan mengurangi stres. Ketika Anda mengembangkan sikap positif
Anda boleh mengawal hidup Anda dengan baik.
2. Menjadi lebih sihat :
Fikiran kita secara langsung mempengaruhi tubuh dan bagaimana cara
bekerjanya. Ketika Ada mengganti fikiran negatif dengan ketenangan,
kepercayaan dan kedamaian, bukannya dengan kebencian, kecemasan, dan
kerisauan, maka Anda akan merasakan kesejahteraan. Dan ini bermakna
Anda tidak mengalami gangguan saat tidur, tidak merasakan ketegangan
otot, kecemasan, dan keletihan. Orang-orang yang berfikir negatif lebih
mudah terkena tekanan.
3. Percayakan diri sendiri:
Dengan
berfikir positif, maka Anda harus lebih percaya diri dan tidak untuk
menjadi seperti orang lain. Jika Anda tidak percaya diri Anda tidak akan pernah
mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
4. Bisa mengambil keputusan yang benar :
Berfikir
positif mencegah Anda memilih keputusan yang salah atau melakukan hal
yang bodoh yang akan membuat anda menyesal. Berfikir positif akan membuat Anda
memilih dan membuat keputusan dengan mudah dan tepat.
5. Meningkatkan fokus :
Menggunakan fikiran positif membantu Anda lebih fokus saat menghadapi masalah. Jika
Anda berfikir negatif akan membazirkan waktu dan tenaga anda sahaja.
6. Boleh dan mudah mengatur waktu lebih baik :
Dengan
meningkatnya fokus serta kemampuan membuat keputusan yang lebih baik,
Anda akan lebih teratur, ini akan membantu Anda mendapatkan lebih
banyak waktu untuk diri sendiri dan orang yang Anda cintai.
7. Lebih sukses dalam hidup :
Sikap positif tak hanya boleh meningkatkan fokus Anda dan boleh
mengatur waktu dengan baik tetapi mampu memberi Anda pada kebahagian dan
keberhasilan saat mengubah hidup Anda.
8. Memiliki ramai teman-teman :
Ketika
berfikir positif, Anda akan menarik perhatian orang-orang dan ketika
orang-orang tersebut dekat dengan Anda mereka akan merasa selesa dan
ceria, sifat yang tenang anda, mampu juga menenangkan orang sekitar kita
juga.
9. Menjadi seorang yang berani :
Ketakutan berasal dari fikiran negatif. Berfikiran positif mampu
menghilangkan rasa takut. Keberanian berasal dari kenyataan bahawa Anda
tetap positif Anda akan tahu bahawa apapun yang terjadi dalam hidup Anda,
Anda dapat menghadapinya.
10. Hidup lebih bahagia:
Percayakan
diri sendiri merupakan suatu fakta bahawa Anda bahagia menjadi diri Anda sendiri
dan tidak mencuba untuk menjadi orang lain. Jika Anda memiliki semangat
berfikir positif, Anda akan selalu berasa hidup bahagia, damai,
tawa, kesihatan yang baik dan mampu membawa kebaikan dalam urusan kewangan kehidupan anda.
Tips agar Anda selalu berfikiran positif :
- Jadilah optimis dan mengharapkan hasil yang baik dalam segala situasi, iaitu berusahalah dengan positif dan "move forward"
- Cari alasan untuk tersenyum lebih kerap, iaitu wujudkan situasi ceria dan menenangkan untuk kita dan sekeliling kita.
- Wujudkan hanya apa yang Anda inginkan wujudkan. Cipta sesuatu matlamat yang positif dan usaha yang positif.
- Libatkan diri Anda dalam kegiatan rekreasi menyenangkan.
- Baca dan buatkan sesuatu inspirasi.
- Ikuti gaya hidup sihat dengan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau pun dua minggu sekali atau sebulan sekali.
- Bergaulah dengan orang yang selalu berfikir positif.
- Seseorang yang berfikir positif tahu bagaimana menangani situasi yang buruk lebih baik. Dan ingatlah, kesan dan hasil dari sifat positif banyak kelebihannya.
No comments:
Post a Comment