Jika
anda mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti cepat berasa penat,
sakit kepala, jerawat, sembelit, berat badan berlebihan, insomnia, haid
tidak teratur termasuk mulut berbau dan masalah kulit, kesemua itu
merupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin
berlebihan.
Agak
mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin
ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta
berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman
keras dan pemakanan yang tidak seimbang.
Biasanya
toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu
pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses
pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa
toksin terperangkap di dalam tubuh.
Justeru,
proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara
semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan
toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati
manusia.
Berikutan
itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia
merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin
daripada tubuh. Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan
toksin secara semula jadi adalah dengan:
a) Berpuasa: Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada
bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu
proses detoksifikasi.
b) Hati: Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam
hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula dengan mengurangkan pengambilan
gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.
c) Sistem penghadaman: Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang
tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil dan
jangan lupa minum air masak secukupnya.