Saturday, 19 July 2014

Rahsia flos gigi



Seseorang digalakkan untuk memflos gigi sekali sehari.



Memberus gigi sahaja belum sempurna jika anda tidak menggunakan flos. Ia sebenarnya mampu membersihkan kuman yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi biasa.
Jika anda tidak flos gigi, anda sebenarnya kehilangan sepertiga daripada permukaan gigi, kerana ia menjadi tempat ideal bagi lapisan bakteria membiak setiap detik.
Lebih teruk lagi jika seseorang mendapat penyakit gusi hanya kerana memandang remeh kepentingan menggunakan flos.
Kesukaran untuk menggigit dan mengunyah, bercakap dan nafas yang berbau adalah antara sebab kualiti hidup seseorang merosot.
Perkara sebegitu boleh terjadi hanya kerana anda tidak mengendahkan butir kecil kacang atau palitan karamel dan tofi gula-gula yang kekal terselit di sudut terlindung antara gigi.
Antara 24 hingga 36 jam, plak akan mengeras menjadi tartar dan ia hanya boleh dibersihkan oleh doktor gigi yang profesional.
Oleh itu, seseorang dinasihatkan agar menggunakan flos gigi sekurang-kurangnya sekali setiap hari bagi mengelakkan pembentukan tartar.

CENGKIH CEGAH TOKSIK




Cengkih mengandungi komponen yang dipanggil eugenol. Kandungan tersebut banyak diuji dalam kajian kesihatan, termasuk penyelidikan barah salur penghadaman serta radang sendi.
Di Amerika Syarikat, ekstrak eugenol daripada cengkih dimanfaatkan dalam bidang pergigian kerana ia berkait rapat dengan proses terapi kanal akar, penampalan lubang sementara dan rawatan kesakitan gusi.
Eugenol dan bahan lain dalam cengkih iaitu beta kariofilena menjadikan cengkih sebagai bahan anaestetik dan juga agen antibakteria

Asas betul solekan

SALAH satu kesilapan solekan yang sering dilakukan oleh golongan Hawa ialah mengenal pasti tatarias yang bersesuaian dengan tona kulit dan rona yang bersesuaian dengan keadaan atau majlis.

1)  Solekan funki 

Solekan ini amat mementingkan bahagian mata kerana ia bahagian yang mudah untuk mencuri tumpuan orang ramai.
Solekan dimulakan dengan meratakan bedak asas  foundation  pada seluruh wajah menggunakan span.
Bersesuaian dengan tema, pembayang mata yang digunakan melibatkan rona kecoklatan atau lebih gelap di bahagian atas kelopak mata. Bahagian bawah kelopak mata pula diwarnai rona hijau yang lebih cerah.
Dua garis celak di atas garisan bulu mata dioles menggunakan celak cecair berwarna hitam untuk menghasilkan kesan dramatik.


2)  Solekan semula jadi

 Antara kesilapan utama dalam mengenakan solekan dalam rona semula jadi ialah pemilihan bedak asas dan pemerah pipi yang memberikan wajah kelihatan seperti badut.
Sehubungan itu, tumpuan harus diberikan dalam ‘mewarnai’ wajah agar kelihatan sihat berseri dan tidak nampak seperti dibuat-buat.
Bahagian wajah yang menjadi tumpuan ialah pipi. Jadi, pilihan yang baik ialah  dengan rona merah jambu.
Gantikan penggunaan bedak asas dengan krim tabir suria  kerana ia mempunyai tekstur ringan selain berwarna kulit.
Pastikan gincu yang digunakan berpadanan dengan warna pemerah pipi. Disebabkan itu, oleskan gincu jenis matte dengan warna nude sebagai pelengkap solekan.

 
3)  Solekan majlis makan malam 

Solekan untuk menghadiri majlis makan malam lazimnya lebih tebal dengan gabungan warna-warna terang dan menarik perhatian seperti merah hati.
Langkah yang paling mudah ialah memberi tumpuan pada bahagian mata. Barisan koleksi pembayang mata yang paling tepat  ialah pembayang mata berwarna  seperti ungu gelap, ungu lembut dan hitam untuk memberikan efek smoky eyes yang kelihatan seksi.
Selain itu, pemakaian bedak asas seperti foundation  merupakan alat solekan yang penting dalam tatarias majlis makan malam kerana ia memberikan ketahanan sepanjang malam.
Berikan sedikit seri pada bahagian pipi dengan menyapukan pemerah pipi berwarna coklat kekuningan bagi menambah kilauan di pipi.

Friday, 18 July 2014

Inai rambut lindungi uban

Kepentingan menjaga rambut bagi wanita mengambarkan personaliti seseorang wanita kerana rambut merupakan mahkota bagi seorang wanita.  Adalah penting menjaga rambut agar nampak lebih sihat dan cantik, namun seringkali kita mendengar keluhan wanita berkaitan dengan rambut gugur, kusam, bercabang, berbuah, berkelemumur dan kering

Rambut yang sihat dan cantik menjadi idaman setiap wanita, tetapi bukan mudah untuk mendapatkan rambut yang sihat apatah lagi jauh daripada kelumumur dan keguguran jika tidak kena dengan caranya.  Mengikut statistik, anggaran antara 30 peratus masyarakat hari ini mempunyai masalah yang serius dengan kulit kepala, manakala 10 peratus mempunyai masalah rambut berbuah.
Daripada itu ternyata orang ramai tidak begitu tahu bagaimana hendak menjaga rambut mereka, bahkan mereka juga tidak mengambil peduli akan kesihatan rambut masing-masing atau kesibukan sehingga mengabaikan penjagaan kebersihan rambut dan kulit kepala. 

Pemilihan shampoo yang bersesuai dengan jenis kulit kepala dan rambut dapat membantu merawat beberapa masalah kulit kepala berminyak, berkelemumur dan keguguran.  Rambut sememangnya memerlukan penjagaan rapi seperti mana penjagaan muka juga, statistik yang diperolehi, mendapati hanya satu peratus sahaja masyarakat yang betul-betul faham serta menjaga rambut mereka.Tambahnya lagi, bagi mereka yang memakai tudung, penjagaan rambut serta kulit kepala amat penting untuk mengelakkan kulit kepala bernanah, berkudis, berbau hanyir, serta berair disebabkan sentiasa tertutup.
Masalah-masalah ini juga sering terjadi kepada mereka yang bertudung kerana kepala sentiasa tertutup dan sekiranya mereka tidak menitik beratkan soal kebersihan dan penjagaan rambut sudah pasti akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun bagi yang tidak bertudung juga turut mengalami masalah rambut.
Sekurang-kurang rambut harus dicuci sekali sehari bagi mengekalkan kebersihan dan kesegaran kulit kepala, kulit kepala yang bersih dan sihat akan memberi kecantikan rambut disamping pemakanan yang seimbang.
Cara hidup yang tertekan dan hormon yang tidak stabil turut menambahkan masalah yang ada sehingga wujudnya masalah-masalah rambut serta kehadiran uban yang lebih awal dari usia.


Rambut perlu dirawat sekurang-kurangnya empat bulan sekali untuk mengelakkan rambut kering dan rosak di bahagian hujung.


Malah bagi rambut yang beruban tidak perlu dicabut bahkan ia boleh diwarnakan semula dengan inai.
Penggunaan inai selain untuk menutup kembali uban, ia juga berfungsi untuk merawat kulit kepala di mana inai ini tadi akan meresap ke dalam kulit kepala dan memberi tindak balas pada kelumumur dan rambut yang gugur.

Bagaimana inai boleh merawat rambut supaya lebih nutrien dapat masuk ke dalam lapisan rambut selain memberi warna. Inai ini juga hanya disapu pada rambut yang beruban sahaja dan ia tidak disapu pada semua rambut dan sekiranya ia dicampur dengan limau nipis, ia boleh mengilatkan lagi rambut.
  



Proses untuk menginai rambut:-

1. Inai perlulah dibancuh terlebih dahulu dan dibiarkan kembang sebelum disapu pada rambut dan kulit kepala.  Ini kerana sekiranya terus disapu, keputusan yang akan diperoleh tidak berapa bagus.
2.  Proses yang mengambil masa 10 hingga 20 minit ini akan diteruskan dengan stim selama setengah jam dan secara keseluruhan proses ini mengambil masa sehingga dua jam.  Selain itu
campuran  kopi, teh, dan nescafe, boleh menghasilkan warna  yang diperoleh berbeza-beza. 
**Penggunaan pelembap dan juga minyak zaiton adalah digalakkan untuk menjaga rambut agar kekal sihat sepanjang masa.

Thursday, 17 July 2014

Tip-tip mengelak migrain menyerang




       Sakit kepala migrain disebabkan oleh gabungan pembesaran saluran darah dan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit saluran darah.

Semasa sakit kepala, membesarkan arteri yang terletak di luar tengkorak hanya di bawah kulit  (arteri temporal). Ini menyebabkan pelepasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran lagi arteri. 

Sakit kepala migrain menyebabkan sistem saraf simpatik untuk bertindak balas dengan perasaan loya, cirit-birit dan muntah-muntah. Perkara ini juga melambatkan pengosongan perut ke usus kecil (mempengaruhi penyerapan makanan), mengurangkan peredaran darah (yang membawa kepada tangan dan kaki sejuk), dan meningkatkan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.


       Migrain berasal daripada perkataan Greek iaitu Hemikrania yag bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali sebagai "vescular headache".  Migrain merupakan sejenis penyakit kepala yang kronik dan pesakit biasanya tidak mampu menjalankan tugas harian seperti biasa.  Malah  ada diantaranya tidak lalu makan, minum dan hanya terbaring lemah kerana mendapat gangguan sakit kepala yang teruk.  Menurut kajian, golongan wanita paling kerap menghidap migrain terutama apabila datang haid.

      Tanda-tanda seseorang menghidap migrain adalah mereka merasai sakit kepala yang amat dan berdenyut-denyut pada salah satu bahagian kepala sehingga merebak ke hidung dan mata.  Pesakit akan merasa lebih sensitif pada sebarang bunyi, persekitaran terasa seperti bergerak-gerak seperti menaiki bot, badan berpeluh-peluh dan mendapati kulit kemerahan di bahagian mata ataupun dahi.  Migrain yang teruk adalah sakit kepala pedih yang sering didahului atau disertai dengan tanda amaran deria seperti pancaran cahaya, bintik buta, rasa kebas di tangan dan kaki, rasa loya, muntah-muntah, dan meningkatkan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi. Kesakitan migrain yang teruk boleh berlaku sehingga beberapa jam atau hari. 



Bagi anda penghidap migrain sudah tentu sukar untuk menghindar diri daripada diserang migrain secara tiba-tiba kan? Tapi tahukan anda ada beberapa cara bagi menghindarnya sebagai langkah-langkah pengawasan diserang sakit kepala yang melampau ini:-

Langkah pertama :
Sentiasa mengawal tekanan dan emosi, jika ada mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan, cuba anda berfikiran positif sebaik mungkin.  Mungkin ia terlalu sukar, namun berfikiran positif dapat mengurangkan rasa tertekan, marah atau terlalu sedih.  Redha dengan apa yang berlaku dan berusaha untuk membuat terbaik dalam kehidupan.

Langkah kedua :
Penghidap migrain perlu mengelak daripada persekitaran yang berbau busuk, bunyi bising dan asap rokok kerana ia boleh menganggu emosi anda.  Selain itu anda  memerlukan suasana yang kemas dan bersih, kerana ia memberi kesegaran pada sekitaran anda dan membuat anda lebih rasa tenang.  Jika sekitaran di bilik tidur atau rumah anda terdapat semua perkara menganggu ini, cuba luangkan masa membersih dan mengemasnya perlahan-lahan sebagai langkah positif dan menceriakan anda, suasana baik perlu untuk kesihatan anda.



Langkah ketiga :
Sekiranya perut anda terasa lapar dan kosong, segeralah mendapatkan makanan untuk mengalas perut anda yang lapar dengan mengambil masakan.  Jika terdapat makanan ringkas seperti roti dan air milo juga boleh bagi menambahkan tenaga dan oksigen ke tubuh badan anda dan otak.  Kerana oksigen  kurang dan perut berkeroncong boleh menambahkan tekanan sekaligus membuatkan fikiran bercelaru dan terganggu.


Langkah keempat :
Dapatkan masa tidur yang lebih teratur dan berdisplin bagi memastikan tubuh badan anda mendapat rehat secukupnya.  Tidur dan rehat yang tersusun dapat memberi kesegaran otak dan badan untuk aktiviti seharian anda dan seterusnya memberi idea-idea yang baik dalam pekerjaan anda.

Langkah kelima :
Elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi Thyramine seperti coklat serta makanan jenis tenusu seperti keju, susu dan makanan yang di peram seperti ikan salai atau jeruk. Tyramine boleh masuk ke dalam aliran darah dan meningkatkan tekanan darah dan mencetus migrain.

Langkah keenam :
Elak mengambil makanan yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.  Hindarkan terlalu kerap membeli makanan luar yang kita tidak tahu kandungan MSG yang tinggi selalunya di letakkan bagi memberi rasa makanan yang sedap.

Langkah ketujuh :
Hindari daripada minum minuman yang mengandungi kafein yang berlebihan seperti kopi dan alkohol. Bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.
Langkah kelapan :
Elakkan menangguhkan kerja-kerja atau assignment bagi mengelakkan kerja lebih bertambah dan menjadi runsing.  Sebaiknya lakukan kerja-kerja dan assignment belajar secara perlahan-lahan sekurang-kurang anda sudah memulakan langkah untuk menyiapkannya.  Jika terdapat idea dalam urusan kerja catatkan ia di dalam buku nota anda atau di dalam gadget anda untuk rujukan nanti.

Wednesday, 16 July 2014

5 cara cantik secara semulajadi

1. Tidur dewasa sekurang-kurang 8 jam sehari, bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan & aliran oksigen yang lancar keseluruhan badan.  Ini kerana kekurangan tidur, aliran peredaran darah terganggu, bahkan oksigen berkurangan dalam darah menyebabkan kulit kelihatan pucat dan muram serta ia menganggu kelancaran anggota tubuh lain.  Jika kelamaan tabiat tidur yang kurang, ia akan kelihatan kesan-kesan yang ketara seperti sembab di mata, muka pucat dan tidak ceria serta sengal-sengal serta sakit-sakit keseluruhan badan.  Tidur yang mencukupi membantu pengeluaran hormon melatonin yang baik untuk membantu ketahanan tubuh dan membaiki kerosakan sel-sel tubuh.

2.  Mencuci muka dan tubuh badan secara teratur & rutin bagi mengekalkan kebersihan dari kotoran dan dapat menyerap nutrien baik ke kulit, malah melancarkan peredaran darah ke lapisan kulit.
Pada kulit muka, gunakanlah selepas itu toner & serum untuk mendapat lebih manfaat dan membekal nutrien terbaik ke kulit anda.

3.  Melakukan aktiviti fizikal seperti senaman secara rutin.  Ia baik untuk aliran darah lancar ke seluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi keseluruhan sistem badan.  Senaman yang teratur mampu memberi kesihatan badan dengan pengeluaran peluh secara semulajadi, untuk perkembangan paru-paru yang baik dan aktiviti organ lain.  Seterusnya dengan senaman, kulit wajah mampu lebih ceria dan kelihatan muda kerana aliran darah yang lancar sehingga ke hujung tubuh.

4.  Amalkan tabiat makanan yang seimbang dan jauhi gaya  makanan yang tidak sihat.  Mengamalkan piramid makanan yang penting dapat membekalkan khasiat keseluruhan badan menjadikan sistem tubuh berfungsi dengan baik.  Mengamalkan gaya makanan seimbang dan kaya pengambilan buahan dan sayuran mampu menjadikan awet muda kerana khasiat multivitamin mencukupi sehingga tergambar di kulit wajah dan tubuh yang cantik, lembap, anjal dan segar.  Makanan yang baik dapat membekalkan oksigen yang baik untuk tubuh badan anda.  Amalkan minum air kosong sekurang-kurang  8 gelas sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dari tubuh dan membekalkan air mencukupi untuk tubuh

5.  Mengamalkan rutin tetap mencuci muka, memakai toner, pelembab  dan scrub &  masker seminggu sekali untuk pembuangan sel-sel mati di lapisan kulit luar sekaligus dapat melancarkan aliran darah dan pembentukan sel kulit baru.  Gunakan masker yang sesuai bagi memberi dan mengekalkan keanjalan kulit, melembap kulit, menutup pori-pori dan membekalkan nutrien untuk kulit muka.  Boleh membuat masker sendiri seperti putih telur + jus lemon, kacau rata sehingga berbuih dan sapukan pada kulit wajah dengan rata.  Fungsi telur putih tadi adalah untuk membekalkan protein untuk kulit muka, melembap & menganjalkan kulit,  menutup pori-pori serta mempercepatkan proses pembuangan sel-sel kulit mati.  Manakala jus lemon mampu membekalkan vitamin c sebagai antioksida dan melawan penuaan kulit serta menjaga keanjalan kulit.






Tuesday, 15 July 2014

Buat Sendiri Tungku Bunjut

Petua hari ini adalah bagi mengurangkan atau menghilangkan rasa keletihan dan sakit badan serta memberi melegakan pada urat yang tegang dan sengal, di samping dapat membantu membuang toksin, menghilangkan stress, melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak dan membuang angin dalam badan.




Kandungan herba yang terkandung didalam tungku bunjut akan merawat bahagian yang bermasalah , ia perlu dilakukan secara kosisten untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Lebih bagus tungku ini di lakukan oleh seseorang seperti adik atau ahli keluarga terutama di bahagian belakang badan, kerana ia tidak dapat dilakukan sendiri




Untuk tungku di bahagian belakang ia hendaklah dilakukan dengan berbaring dalam keadaan meniarap, proses dilakukan bermula di bahagian atas tubuh iaitu bahu seterusnya ke bahagian tulang belikat. Proses bertungku akan di teruskan di bahagian titik tumpu tubuh yang lain iaitu pinggang dan tulang belakang.  Untuk mendapatkan kesan yang positi, rawatan yang dilakukan sendiri ini hendaklah dibuat sekurang-kurang sebulan sekali.

Untuk mendapatkan kesan rawatan yang maksimum di saran melakukan urutan badan dan dilakukan samaada pada waktu pagi ataupun pada waktu petang.

Kebanyakan anda yang bekerja menggunakan komputer akan mengalami kesakitan dan lenguh di bahagian belikat, jadi beri tumpuan pada bahagian ini agar berasa lega dan kesakitan dapat di kurangkan.



Di sini saya turunkan  cara-cara untuk membuat tungku bunjut sendiri :-


Bahan-bahan
Lada hitam
Biji Sawi
Halia
Lengkuas
Jintan
Halba
Tali
Kain berbentuk empat segi

* kesemua bahan hanya di letak sedikit sahaja dalam anggaran  suku gengam tangan.


Cara Membuatnya
1.  Kesemua herba ini di goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga naik bau
2.  Kemudian masukan bahan-bahan ini di dalam kain dan ikat seperti bunjut.
3.  Setiap kali hendak di gunakan, panaskan dalam ketuhar atau periuk elektrik selama 5 hingga 10 minit.
4.  Tuan tubuh atau bahagian yang sakit dengan tungku tersebut
5.  Lakukan selama 20 hingga 30 minit.


Selamat mencuba ya..carilah masa lapang anda, kelegaan adalah terbaik untuk anda tampil cergas dan lebih produktif.

Monday, 14 July 2014

Kunyit herba berkhasiat

Kajian menunjukkan kunyit dapat mencegah kita daripada pelbagai penyakit. Kita sering mengambil mudah apabila menyebut tentang khasiat kunyit kerana mungkin bahan ini sering kita temui di dapur.
Di Malaysia terdapat beberapa spesies kunyit liar yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga), temu emas (Curcuma zeodoria), temu putih (Curcuma auriantica), temu hitam (Curcuma aerugtinosa) dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza).
 
Lazimnya, kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Masyarakat kampung menggunakan perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga untuk menyembuhkan bengkak hati.
 Tidak ketinggalan, kunyit berserta ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Sebatian kimia daripada kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.
Di sebalik keistimewaan kunyit sebagai bahan masakan, pakar-pakar dan hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi perhatian tentang kehebatan herba ini.
Tahukan anda keistimewaan kunyit terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit?
Pengerusi Inisiatif Global untuk Sistem Tradisional Kesihatan (GIFTS), Oxford, United Kingdom, Prof. Gerard Bodeker berkata, kunyit diperakui oleh pakar dan hospital ternama di Amerika Syarikat dan Eropah untuk mengubat pelbagai jenis penyakit.
Katanya, pigmen yang begitu besar khasiatnya dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.
"Curcumin ialah bahan aktif utama yang mampu menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan daripada serangan penyakit. Ia juga dikenali sebagai bahan penyembuh terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden.
"Sebiji pil daripada ekstrak curcumin seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit. Pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas turut mendapati, curcumin ada anti oksida yang mampu meneutralkan radikal bebas dan menjadi punca kepada penyakit barah," jelasnya.
Tambah beliau, radikal bebas ialah bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel dalam badan. Justeru, curcumin yang mengandungi komponen bioaktif polyphenol dapat membantu mencegah tanda awal barah.

Kenapa Avocado Baik Untuk Tubuh Badan Kita?


Di Mexico dan Amerika Tengah, avokado terkenal sebagai buahan yang terdapat banyak manfaatnya dan sering menjadi keutamaan dalam pengambilan seharian. Tidak kira jika anda makan mereka mentah atau jus mereka, avokado harus menjadi sebahagian daripada diet harian anda, kerana mereka akan meningkatkan anda mineral dan pengambilan vitamin, dan juga akan mengurangkan risiko jangka panjang untuk pelbagai penyakit dan penyakit. Berikut adalah 6 manfaat Avocado kepada kesihatan tubuh badan kita.






1. Avokado Sangat Kaya Karotenoid bagi untuk kesihatan mata

Avokado mengandungi pelbagai nutrien, dan karotenoid (lutein, khususnya)baik untuk kesihatan mata serta melindungi daripada penyakit mata. Penglihatan merupakan salah satu aset yang paling berharga, pengambilan Avocado dalam makanan merupakan diet yang baik seimbang dan berkhasiat - yang melibatkan makan sekurang-kurangnya 1 buah setiap hari, kerana ini adalah tidak dapat dinafikan cara terbaik untuk mendapatkan karotenoid (dari lutein dan alfa-karotena untuk beta-karotena , tokoferol dan zeaxanthin) untuk keperluan badan kita. Di samping itu, rasa avokado yang sedap, dan ia juga boleh ditambah dalam ramuan membuat salad - ini adalah pasti cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan lutein harian anda, dan bukannya mengambil jalan untuk pil dan makanan tambahan.


2. Avokado Dapat Mengurangkan Kadar Kolesterol Anda

Seperti yang anda mungkin sudah tahu, terdapat dua jenis kolesterol/ lemak iaitu : kolesterol 'baik' dan kolesterol 'jahat'. Kolestrol jahat boleh menyumbat laluan di arteri anda dan organ-organ penting anda, jika anda tidak berbuat sesuatu mengenainya. Ia sering berlaku bahawa makanan berlemak dan gula merupakan penyebab utama di sebalik tahap kolesterol tidak baik, tetapi boleh di kurangkan risiko tersebut dengan mudah memastikandengan hanya makan avokado secara tetap. Dengan memakan avokado, anda menurunkan kolesterol anda dengan cara yang cepat, cekap, semula jadi dan kesan sampingan bebas - terutamanya disebabkan oleh jumlah yang tinggi asid oleik di dalam buah ini lazat. Dengan mengurangkan tahap kolesterol LDL kerana kandungan folat yang tinggi, avokado juga akan mengurangkan risiko anda mendapat penyakit jantung.

3. Avokado dapat mengurangkan lemak serta berat badan anda

Jika anda cuba untuk mengurangkan berat badan beberapa, tidak ada cara yang lebih mudah untuk melakukannya daripada dengan mengambil lebih avokado, dan untuk sebab yang baik. Buah-buahan ini adalah sangat kaya dengan serat, yang dikenali untuk mengisi perut anda dan membuat anda berasa kenyang untuk tempoh yang panjang. Secara purata, satu buah bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 7 gram serat, kedua-dua larut dan tidak larut. Serat adalah penting untuk kesihatan sistem imun anda - terutama yang larut, kerana mereka membantu badan anda memecahkan karbohidrat di samping dapat memberi rasa kenyang serta dapat mengurangkan pengambilan makanan.