Rambut adalah mahkota wanita, lagi
panjang rambut wanita itu, bertambah ayu dan femininnya seseorang wanita
itu. Rambut yang bersih, wangi, cantik berkilat dan beralun lembut
menjadi idaman setiap wanita.
Namun
sering kali kita dengar masalah wanita berkaitan rambut. Rambut gugur,
bercabang, berkelemumur dan rambut statik( tidak beralun). Sekalipun
kita memakai tudung/shawl, pasti seseorang wanita itu juga berkeinginan
memiliki rambut yang sihat, lembut dan cantik, apatah lagi apabila
membuka tudung semasa di rumah, rambut masih berkeadaan sihat dan
cantik.
Di sini saya
kongsikan tip untuk kesihatan rambut sekaligus memberi kecantikan pada
akar rambut dan strukturnya, malah dapat memanjangkan rambut serta dapat
mengurangkan masalah-masalah berkaitan dengan rambut.
Ia
memerlukan bahan-bahan di dapur atau sedikit sahaja yang mungkin
terpaksa di beli contohnya maca minyak zaitun jika dapur anda tidak
terdapat bahan ini. Atau supplemen vitamin B mungkin juga terpaksa di
beli? Namun jika kita mengamalkan pengambilan mengikut piramid makanan,
Insya Allah kita tidak memerlukan pengambilan vitamin tambahan.
Kebanyakan vitamin-vitamin kecantikan terdapat pada sayur- syuran dan
buah-buahan.
1. Minyak Zaitun
Ia bukan sahaja boleh menghaluskan & melembutkan rambut malah ia bertindak ke akar rambut mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dengan secara cepat.
Caranya : Ambil minyak zaitun dan titiskan 4-5 titis ke rambut dan ratakan sehingga ke akar rambut dengan cara urutan keseluruhan rambut kepala. Biarkan semalam dan cuci rambut pada awal pagi.
2. Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksida yang tinggi untuk memberi peredaran darah yang baik keseluruh rambut yang boleh memanjangkan rambut. Jadi ini mempercepatkan proses pertumbuhan rambut. Caranya : Blender teh hijau dan pekatkan dengan air, kemudian menyapu rata ke seluruhan kulit kepala secara mengurut. Tutup kepala dengan plastik menutup kepala atau menggunakan plastik biasa yang muat ke kepala bagi memanas dan memberi penyerapan teh hijau ke kulit kepala, biarkan untuk 20 minit dan kemudian cuci rambut serta keringkan.
3. Santan
Ini adalah bahan paling popular dan mudah di dapati di dapur anda. Santan boleh menghalus dan mengilatkan rambut. Jika di gunakan 3-4 kali seminggu hasilnya amat menakjubkan boleh memanjangkan rambut.
Caranya : Ambil 300 ke 500ml santan dan lumurkan rata ke kulit kepala dan rambut, lakukan dengan cara mengurut untuk memudahkan penyerapan vitamin dari santan. Tutup rambut dengan plastik penutup kepala untuk penyerapan bahan dan biarkan selama 15 ke 20 minit.
4. Kulit apple
Apple kaya dengan polifenol dalam membantu menguatkan akar rambut dari keguguran. Jika sesetengah orang akan membuang kulit apple sebelum memakan apple, jadi manfaatkan kulit apple ini untuk rambut anda. Kulit apple mengandungi khasiat baik untuk memanjangkan dan menguatkan akar rambut.
Caranya : Blender kulit apple dan sapu rata di kulit kepala serta tutup dengan plastik penutup kepala dan biarkan 15 - 20 minit juga. Kemudiana bilas hingga bersih
5. Putih telur
Protein terdapat di putih telur amat berguna dalam menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat serta cantik.
Caranya : Ambil 3 biji telur dan ambil putihnya, kacau putih telur untuk meringankan strukturnya dan sapukan keseluruhan rambut dan akarnya sambil urutkan kulit kepala dan biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas hingga bersih.
6. Perbanyakkan minum air kosong
Kekalkan pengambilan 8 gelas sehari air kosong untuk menyuburkan akar rambut di samping membantu menyingkir toksin dari badan dan menjadikan tubuh badan segar. Air yang mencukupi membantu mengaktifkan sel-sel dalam rambut dalam mempercepatkan pertumbuhan rambut.
7. Memakan makanan sumber protien
Protein nutrien penting untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut anda. Sumber protein terdapat pada ikan, daging ayam, daging merah, kekacang dan tenusu.
8. Mengambil supplemen vitamin B
Vitamin B dan B complex amat penting untuk kesihatan rambut. Kekurangan vitamin B akan menyebabkan rambut kering, bercabang dan rapuh. Vitamin B terdapat pada buahan seperti pisang dan pelbagai buahan lagi.
9. Lakukan Hot Oil Scalp Massage
Beberapa salon kecantikan & spa ada menyediakan rawatan urutan kulit kepala dan rambut dengan minyak khusus. Rasa hangat dari minyak dan urutan tadi membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala seterusnya mempercepatan penyerapan nutrien untuk pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut. Anda yang tidak berkesempatan ke salon rawatan boleh melakukannya di rumah dengan membeli "Hot Oil Scalp Massage" melalui jenama-jenama seperti loreal, sunsilk dan sebagainya.
Caranya : Titiskan beberapa titis minyak ke kulit kepala, urut rata keseluruh kulit kepala, tutupkan dengan plastik penutup kepala dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas hingga bersih.
10. Elak menggunakan blow dry
Jika anda ingin mengeringkan rambut selepas mandi, gunakan hanya kipas biasa dan elak penggunaan hair dyer. Kerana penggunaan hair dyer jika berterusan boleh mengeringkan rambut, rapuh dan putus.
**Jika ingin penyerapan baik terdapat bahan-bahan nutrien yang saya sebutkan di atas ini, sebaik-baiknya anda cuci rambut bersih-bersih terlebih dahulu dan keringkan rambut sedikit dengan angin, kemudian barulah menggunakan bahan-bahan tadi ke rambut. Kulit kepala yang bersih dapat memaksimumkan penyerapan bahan nutrien, malah memberi keputusan kesan yang menakjubkan.
Sedikit usaha tenaga dan masa yang anda luangkan mampu memberi kecantikan semulajadi kepada tubuh badan anda.
Rajin-rajin singgahlah di link-link saya di sini :-
http://glutapearl.com
https://www.facebook.com/BioloveGlutapearlOmega3
http://manualtravel.blogspot.com
http://amreeahamad.com/blog
http://manualtravel.com
http://qurusmurus.com