Wednesday, 26 March 2014

BIOLOVE MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA UNTUK CANTIK DAN SIHAT BERGAYA!!!



Bagaimanakah anda menilai sesuatu hidangan itu dikatakan makanan yang sihat dan berkualiti atau kurang sihat? 

Masih ramai lagi yang sukar untuk mengenalpasti dan menentukan samada adakah makanan yang anda nikmati sihat atau tidak. Ianya adalah subjektif untuk dikatakan kerana nutrisi sesuatu hidangan itu tidak bergantung kepada satu bahan semata-mata dan cara hidangan tersebut.
Banyak soalan yang saya terima menanyakan samada hidangan tersebut sihat berkualiti atau tidak? Ianya haruslah berdasarkan kumpulan nutrisi yang anda ambil samada mengikut pemakanan seimbang atau tidak. Artikel kali ini akan membincangkan berkenaan 10 makanan yang dikatakan tidak sihat dan kurang enak sebenarnya sihat dan yang paling penting dapat menyumbangkan keperluan nutrisi didalam badan anda.



1. Keju

Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar.. akan tetapi, terdapat juga kelebihan yang terdapat disebaliknya. Pastikan kita membicarakan tentang keju yang berkualiti tinggi dan bukannya yang terdapat di dalam pizza dan sebagainya.
Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan harian anda dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Selain daripada itu, kajian juga mendapati ia dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi dalam protein dan merupakan sumber kalsium yang terbaik.
2. Kopi

Minuman yang membuatkan hampir ramai yang ketagih dengan sifat semulajadi bahan kopi ini memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu seperti menyebabkan kebimbangan, kegelisahan, keresahan, insomnia, sakit kepala, berdebar-debar jantung dan sebagainya.
Harus ditekankan disini, kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis. Amalkan meminum kopi kosong yang sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tidak kita ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Selain daripada itu, ia boleh membantu anda membakar lemak dengan merangsang sistem saraf pusat anda, dan meningkatkan metabolisme anda. Akhir sekali, ia juga dapat meningkatkan jangka hayat anda.
Kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis.

3. Durian

Pasti ramai yang kurang gemar dengan bau yang kurang menyenangkan dari Raja Buah ini. Akan tetapi, ada juga yang gilakan rasa lemak yang dirasai ketika makan buah ini.
Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori? Benar akan tetapi pengambilan yang tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari mendapatkan kebaikan dari Raja Buah ini. Durian adalah tinggi dengan nilai seratnya. Ia juga mengandungi vitamin C, Vitamin B6, dan folat. Ia juga tinggi dengan potassium dimana ia dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.
4. Tiram

Bau yang kurang enak serta rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini membuatkan sesetengah orang kurang gemar untuk menikmatinya. Akan tetapi, hasil laut ini juga tidak kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber zinc dimana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks.
Selain daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak serta tinggi dengan Omega-3, magnesium dan vitamin-E dimana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang didapati menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.
5. Daging Merah

Sesetengah orang ada yang kurang gemar makanan ini. Ada yang mengatakan ianya makanan yang menggemukkan dan berkolesterol tinggi.
Sebenarnya, samada ianya memudaratkan atau tidak adalah bergantung kepada jumlah makanan yang diambil. Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun mendapati bahawa lemak yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain daripada itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.
6. Ghee

Penggunaan ghee dalam masakan amat popular lagi-lagi dikalangan masyarakat kaum India. Sesetangah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Akan tetapi, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elakkanlah menggunakan ghee ini secara berlebihan.
Dari segi Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan ingatan seseorang. Ia juga penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Kandungan yang terdapat didalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik conjugated (PTK). Ia adalah asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.
7. Hati Lembu

Organ dalaman sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, bagi penggemar hati lembu, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi dari hidangan yang diberikan. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilan anda agar tidak berlebihan.
Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12, dan vitamin A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya Ia adalah sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan, dan mengoptimumkan sistem imun anda.
8. Kentang

Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh individu yang sedang mengurangkan berat badan. Benar, kentang tinggi dengan kandungan karbohidratnya. Akan tetapi, lagi sekali, jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut dari kentang.
Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks glisemik (GI).Kentang telah dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Akan tetapi, kajian yg telah dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. GI kentang adalah lebih rendah apabila mereka dimakan sedikit sejuk daripada panas, dan apabila direbus dan dimakan keseluruhan dan bukannya dilenyekkan.
Kentang dapat menggantikan keinginan anda untuk gula-gula dan roti apabila pada diet rendah karbohidrat. Selain daripada itu, kentang juga amat sesuai untuk individu yang menghadapi plateu ketika mengurangkan berat badan dimana ia dapat mengembalikan tahap leptin anda. Ia dipanggil teknik refeeding dan dapat mengembalikan semula proses pengurangan berat badan.
9. Sos tomato

Sememangnya pasti ramai yang mengetahui bahawa sos adalah bahan proses yang tinggi dengan kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi jika ingin menikmatinya agar dapat mengelakkan dari penambilan sos tomato yang kurang berkualiti dan sebagainya.
Bahan utama penyediaan sos adalah dari sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Ia merupakan pemanis yang murah dan senang didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti. Oleh itu, untuk mendapatkan dan mengelakkan dari pengambilan HFCS yang tinggi, sos tomato Heinz adalah sos yang kurang menggunakan HFCS.
Selain daripada itu, terdapat juga kelebihan memakan sos ini dimana ia mengandungi kandungan lycopene. Lycopene merupakan antioksidan yang kira-kira 100 kali lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia adalah berguna untuk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.
10. Daun Gandum

Selain bau yang kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Akan tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna seperti ia mengandungi klorofil. Klorofil dapat mengurangkan kadar kanser kolon, dan ia boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.

Wednesday, 19 March 2014

Jaga Kesihatan diri anda


Dalam kita memperkatakan kes catuan air dikebanyakan kawasan yang terlibat di Selangor dan juga kes penyakit denggi,  kini masaalah jerebu pula sudah semakin serius sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah mengingati orang ramai agar mengambil langkah awal memakai topeng muka ketika kawasan mereka di landa jerebu.

Menurut Utusan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)  sebelum ini adalah tidak merbahaya  berikutan kejadian kebakaran hutan di beberapa kawasan seluruh negara yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu.

Orang ramai di minta menjaga kesihatan dan jangan terlalu lama terdedah dalam cuaca panas semasa aktiviti luar dan banyakkan minum air masak. 


Apakah itu Jerebu?

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
  
Nilai IPU
Status
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya

Jerebu  adalah satu fenomena yang di sebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh di lihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran  cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-punca jerebu adalah dari akibat:    
    * Pembakaran Secara Terbuka
    * Asap Dari Kilang
    * Asap Dari Kenderaan


IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus  (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan ia itu *karbon monoksida, *sulfur dioksida, *nitrogen dioksida dan *ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
   


Setakat jam 5 petang sebelumnya  Metro 14 Mac 2014 melaporkan Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan IPU 233 yang di katagorikan 'Sangat Tidak Sihat'.   Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), 12 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah, Bukit Rambai (122), Nilai (167), Port Dickson (132), Seremban (137) dan Tanjung Malim (118).

Lokasi lain ialah Banting (185), Kuala Selangor (180), Petaling Jaya (156), Shah Alam (148), Batu Muda (157), Cheras (134), Putrajaya (164) dan Bandaraya Melaka (106). Sementara itu, Sri Aman (92) dan Muar (91) adalah dua lagi tempat yang menghampiri bacaan IPU yang tidak sihat.

Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Polution Index (API), sila layari :-  www.doe.gov.my/apims


p/s:- Sama-sama lah kita ambil langkah menjaga kesihatan kita dan hindarilah daripada perbuatan yang boleh menyebabkan punca terjadinya Jerebu.

jgn lupa lindungi diri anda dan keluarga bersama BIOLOVE 'OMEGA 3"
   



info sihat dari BIOLOVE 'GlutaPearl Omega 3"

"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"
Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.
Dari segi pemakanan pula,masyarakat perlu menjaga pemakanan sesama mereka demi penjagaan kesihatan. Masyarakat di negara ini, boleh dikatakan terlalu mewah dengan segala jenis makanan. Pelbagai jenis juadah makanan yang dimakan oleh setiap orang saban hari kadangkala mengundang pelbagai jenis penyakit yang jelas berbahaya. Namun begitu, masyarakat masih memandang rendah terhadap hal ini. Juadah yang dimakan selalunya mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan mereka sendiri. Lantaran itu, masyarakat hendaklah memilih makanan yang berkhasiat agar dapat membendung daripada masalah ini. Tambahan lagi, individu itu sendiri hendaklah pandai memilih makanan mengikut amalan piramid makanan agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.Selain itu,ahli masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat.
Akhir kata, seluruh ahli keluarga haruslah selalu bersenam demi menjaga kesihatan dan pada yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.

Friday, 14 March 2014

Perkhidmatan Pos Malaysia

Dikenali sebagai PosLaju di Malaysia atau Perhidmatan Mel Segera (EMS) di peringkat antarabangsa yang menawarkan penyelesaian tepat bagi semua keperluan penyampaian domestik mahupun antarabangsa yang memerlukan kepantasan dan bukti penghantaran.
Perkhidmatan ini merangkumi semua segmen perniagaan dan umum. Tidak kira samada ianya adalah surat, pakej, sampel atau barang jualan, anda boleh mempercayai kami untuk mengendalikan urusan penghantaran bermula dari kutipan/pengambilan sehingga penghantaran dari rumah ke rumah iaitu terus kepada penerima dengan harga yang berpatutan.

Produk ini di jamin akan di hantar pada hari yang sama dalam bandar yang sama (Penghantaran Bandar Tempatan)
dan merentasi bandar (Penghantaran Luar Bandar). Penghantaran Luar Bandar hanya terdapat di kawasan Lembah Klang.
  • Produk dan perkhidmatan ini hanya di tawarkan di semua cawangan PosLaju di seluruh negara
  • Jenis Pakej : Terhad hanya pada dokumen dan barangan tidak lebih 1 kg
  • Pampasan akan dibayar sekiranya berlaku kehilangan, kemusnahan atau kerosakan dokumen tertakluk kepada terma dan syarat PosLaju
  • Juga terdapat Perkhidmatan Pungutan. Klik untuk maklumat lanjut
  • Pakej Insuran disediakan (pilihan)

Jaminan penghantaran keesokan hari berkerja (H+1) dalam kawasan liputan PosLaju. Untuk kawasan luar liputan PosLaju, penghantaran dalam tempoh standard 2-3 hari berkerja.
  • Menawarkan lebih dari 1,200 kedai yang mengandungi Pejabat Pos di seluruh negara, Mini Pos dan agen yang dibenarkan.
  • Jaminan penghantaran berasaskan standard perkhidmatan PosLaju.
  • Juga terdapat Perkhidmatan Pungutan . Klik untuk maklumat lanjut.
  • Pakej Insuran disediakan (pilihan).
  • Maklumat Kadar:
    Dokumen ( bawah 2kg ) Bungkusan ( > 2kg )
    Pertama 500gm (RM) Tambahan 250gm (RM) 2.001 - 2.5kg (RM) Tambahan 500gm (RM)
    Zon 1 3.50 0.80 9.50 0.50
    Zon 2 4.50 1.00 16.00 2.00
    Zon 3 6.00 1.50 21.00 3.00
    Zon 4 6.50 1.50 26.00 3.50
    Zon 5 7.00 2.00 31.00 4.00
    *Untuk dokumen dan penghantaran bungkusan lebih dari 30 kg.
    Untuk pengeposan barang lebih dari 30 kg, sila hubungi cawangan PosLaju terdekat dengan anda
  • Butir Zon :
    Butir Zon
    Zon 1 Penghantaran Bandar Tempatan
    Zon 2 - Dalam Semenanjung (PM)
    - Dalam Sarawak
    - Dalam Sabah
    Zon 3 Antara Sabah & Sarawak
    Zon 4 Antara PM & Sarawak
    Zon 5 Antara PM & Sabah


Kepada  pelangan kesayangan "BIOLOVE GlutaPearl Omega 3" penghantaran adalah  PERCUMA!

Tuesday, 11 March 2014

Carta diet seimbang untuk kekal sihat dan cantik



Pemakanan  yang sistematik adalah salah satu cara mengembalikan kesihatan yang terbaik walaupun telah meningkat usia.

BIOLOVE 'Glutapearl Omega 3' salah satu minuman kesihatan yang menjanjikan keberkesanan yang maksima!! 

Displin yang teratur dalam menjaga pola pemakanan anda juga salah satu punca mengelak daripada masalah-masalah berbangkit seperti kurang bermaya, daya ingatan berkurangan, kelihatan garis-garis halus di bahagian mata , siku dan lutut dan lazimnya tumit kaki merekah juga membuat kita kurang keyakinan berhadapan dengan kekurangan diri. Salah satu faktor merosakkan keyakinan anda untuk berhadapan dengan orang luar juga bergantung daripada tahap kesihatan anda hari ini.

Oleh yang demikian, digalakkan kita mengelak kebarangkalian mendapat sakit berterusan dengan salah satu cara merawat sebelum terlambat. Anda digalakkan mengamalkan peminuman atau pemakanan seimbang seperti "GlutaPearl Omega 3" yang mengandungi sumber asli yang terbaik utk kesihatan harian kita.

Jom dapatkan sekotak BIOLOVE 'GlutaPearl' hari ini untuk kekal "CANTIK SIHAT SECARA SEMULAJADI"

Hubungi kami 
0133811880
0132082088

TeamsBIOLOVE 

Tuesday, 4 March 2014

PERADUAN



PERADUAN MEMENANGI SAMSUNG ICE 3 SECARA PERCUMA HANYA DENGAN MENGHANTAR 2 KEPING LOGO YANG TERDAPAT PADA KOTAK BIOLOVE
"GlutaPearl Omega 3"

CARA-CARANYA SENANG DAN MUDAH

HANTAR SEBERAPA BANYAK LOGO DAN MUNGKIN ANDA PILIHAN KAMI.

HUBUNGI KAMI UTK PERTANYAAN LANJUT :

0133811880
0132082088

'NAK HADIAH NAK HANDPHONE' 

CEPAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!